web log free

Siti Nurhaliza – Kaparinyo

In Lagu
Orang berinai berhitam kuku
Mandi dijirus si air mawar
Jikalau sampai hasrat hatiku,
Racun ku minum jadi penawar
Jikalau sampai hasrat hatiku,
Racun ku minum jadi penawar…
Belum tersurat dalam hikayat
Ayam keluar mencari musang
Belum tersirat di dalam adat,
Bunga keluar mencari kumbang
Belum tersirat di dalam adat,
Bunga keluar mencari kumbang…
Semenjak lembah bertambah dalam
Nampaknya gunung tinggi bertuah
Semenjak sejarah hawa dan adam,
Alam berkembang berubah-ubah
Semenjak sejarah hawa dan adam,
Alam berkembang berubah-ubah…
Hasrat nak beli dulang bertepi
Barulah moleh untuk hidangan
Hajat nak cari yang sama sehati,
Barulah molek makan sepinggan
Hajat nak cari yang sama sehati,
Barulah molek makan sepinggan…
Sungguhlah harum si bunga tanjung
Hati nak petik si bunga mawar
Rindu dan dendam tidak tertanggung,
Budi setitik jadi penawar
Rindu dan dendam tidak tertanggung,
Budi setitik jadi penawar …
Sungguh melati senang dipetik
Harumnya mashyur seluruh alam
Sungguh pun budi hanya setitik,
Langit dan bumi ada di dalam
Sungguh pun budi hanya setitik,

Langit dan bumi ada di dalam…

author
Author: 
    Lirik Lagu Yang Tak Pasti – Harz Zakri
    Lirik Lagu Yang Tak Pasti Sejenak terfikir
    Lirik Lagu Percuma – Sabhi Saddi
    Lirik Lagu Percuma Sepertinya kita tak mampu
    Lirik Lagu Yang Tak Pasti – Harz Zakri
    Lirik Lagu Yang Tak Pasti -… htpp://1liriklaguu.blogspot.com
    Lirik Lagu Terima Kasihku – Merpati Band
    Lirik Lagu Terima Kasihku -… htpp://1liriklaguu.blogspot.com Jika

    Leave a reply "Siti Nurhaliza – Kaparinyo"

    Must read×

    Top
    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!